Friday, 4 November 2011

Jenayah Masa Kini

Helo, di sini saya ingin berkongsikan tentang kes-kes jenayah yang sentiasa berlaku di mana-mana pun, harap2 nak dikurangkan tapi apa boleh buat, dunia kita ni susah nak di kawal.. Jom, kita selidik..

3 comments:

  1. Urang Minyak Mengamuk rupanya...

    Lembaga hitam didakwa pecah rumah, merogol bimbangkan penduduk

    KUANTAN: Anak gadis di 20 kampung dan tamah perumahan Ketari, Bentong dinasihat tidak berjalan bersendirian terutama pada waktu malam bagi mengelak menjadi mangsa ‘lembaga hitam’ yang dibimbangi penduduk sejak dua minggu lalu kerana ia adalah seorang penjenayah pecah rumah dan perogol.

    Kes Jenayah dalam tahap kritikal-

    ReplyDelete
  2. Kes Sosilawati -

    Saksi ke-63 guna istilah tulang selain manusia terhadap 2,040 spesimen dipungut

    SHAH ALAM: Saksi Pendakwaan ke-63 dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, mengakui beliau tidak mengetahui keputusan ujian DNA yang dijalankan terhadap 30 spesimen tulang yang diambil Jabatan Kimia Malaysia, tahun lalu. Pakar Perubatan Forensik dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nurliza Abdullah, ketika menjawab soalan peguam tertuduh pertama kes itu, Manjeet Singh Dhillon, berkata sampel tulang berkenaan dihantar kepada ahli kimia untuk mendapatkan profail DNA pada spesimen itu. Katanya, spesimen itu dipilih sendiri oleh kakitangan Jabatan Kimia yang datang ke pejabatnya untuk mengambil sampel tulang berkenaan.

    Beliau berkata, kakitangan jabatan itu datang dua kali ke HKL iaitu pada 15 September 2010 untuk mengambil 18 spesimen tulang dan 12 spesimen tulang lagi diambil pada 21 September tahun sama.

    Manjeet: Adakah Jabatan Kimia Malaysia memberitahu mengenai keputusan ujian?

    Dr Nurliza: Tidak ada.
    Manjeet: Saya katakan awak tahu apa keputusan ujian itu.

    Dr Nurliza: Tidak tahu.

    Manjeet: Saya cadangkan kepada awak, mereka (Jabatan Kimia Malaysia) tidak menemui DNA. Adakah awak mengetahuinya?

    Dr Nurliza: Saya tidak dimaklumkan.

    Manjeet: Adakah awak terkejut?

    Dr Nurliza: Saya tidak terkejut.

    Selain itu, terma ‘non human bone’ yang digunakan dalam laporan bedah siasat terhadap 2,040 spesimen yang dipungut di Ladang Gadong dan Sungai Panchau juga menjadi perdebatan dalam perbicaraan semalam.

    Ditanya Manjeet mengapa beliau menggunakan perkataan ‘non human bone’, Dr Nurliza berkata, pada pendapatnya, apa dikatakan ‘non human bone’ merujuk kepada tulang selain tulang manusia.

    Katanya, beliau tidak boleh kenal pasti tulang apa tetapi apa yang boleh dikenal pasti ialah tulang yang mempunyai sifat dan ciri-ciri tulang manusia.

    “Apa ciri-ciri yang tidak sama seperti tulang manusia, saya tidak tahu,” katanya.

    Perbicaraan bersambung Selasa ini

    -Mari kita ikuti cerita selanjutnya-

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut hari 11/11/11

    ReplyDelete